Rakyat rindukan MN yang dimeterai antara BN dan Pas. MN boleh tadbir kerajaan Persekutuan dengan baik dan seimbang antara dunia dan akhirat.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar boleh dianggap sebagai gerakan bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina adalah di atas permuafakatan Barisan NasionalN, Bersatu, Pas, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH.

Malah, katanya, Pas merasakan jika benar keadaan ini, ianya bermakna UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

Sehubungan dengan itu, Pas meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO terhadao Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu-padukan umat Islam dalam negara, sekaligus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.

“Sehubungan itu Pas berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN.

“Seterusnya kami mengajak UMNO untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Ramai ahli Parlimen BN, UMNO sokong Anwar – Ahmad Zahid

Kelmarin Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata, beliau dimaklumkan ada dalam kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional dan UMNO menyokong Anwar dan pihaknya tidak boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Kenyataan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu menyusul selepas Anwar mengadakan sidang media mengumumkan beliau telah memperolehi majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan PN.

Bagaimanapun, Anwar enggan memperincikan sokongan yang diperolehinya dan meminta semua pihak menunggu beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diperoleh. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Owww MP UMNO/BN nak sokong sesiapa, PAS kata tak boleh, menyanggahi piagam MUAFAKAT NASIONAL. Habis yang PAS terus terlibat dalam MN serta tidak perdulikan UMNO yang tidak mahu sertai PN tu, tidak menyanggah piagam MUAFAKAT NASIONAL ka Mr Takiuddin??!!

  2. woi Takiyuddin..ko ni lupa kah yg UMNO tu bukan anggota PN dan Bersatu tu bukan anggota MN? Dan ko lupakah yg masa MN diasaskan Bersatu tu sekapal dengan DAP. Wahhhh ko duk pakat dgn Bersatu, ko tak ada pun tanya UMNO kan…skrg ni ko paksa plak UMNO sokong PN..ko mabuk kah apa? PRU 15 ko bagi lah kerusi KB tu kat Bersatu…

Comments are closed.