Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah membelakangi Pas, jauh sekali untuk mengkhianati prinsip yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional (MN).

Sehubungan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki meminta semua pihak memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri Sabah dahulu.

Lagipun, kata Ketua Pemuda UMNO itu, minggu depan akan diadakan Mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup, maka pimpinan kedua-dua parti boleh mendapatkan penjelasan atas semangat musyawarah dan ukhuwah.

Tambahnya, UMNO juga memerlukan penjelasan penyertaan Pas sebagai salah satu komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN).

” InsyaAllah UMNO tidak pernah membelakangi Pas jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional,” kata Asyraf.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia susulan Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Takiyuddin berkata, jika benar kenyataan tersebut, ia boleh dianggap sebagai gerakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan PN. – MalaysiaGazette

Pas minta penjelasan UMNO

3 Komen

  1. Gaduh.. gaduh lg.. Biar Melayu merana.. Biar islam merana.. biar semua rakyat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah merana.. Biar semua rakyat seluruh Malaysia merana..

  2. pas buat keputusan jd komponen pn ada berbincang dengan umno x???
    tp knp pas mengelabah bila umno kena tuduh sokong si peliwat???
    takut pn jatuh ke takut hilang jawatan??
    kalau umno sorg jek yg kena jaga mn,tp pas buat kepala sendiri,
    apa gunanya mn???

Comments are closed.