Foto The Guardian

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam berjaya membongkar kegiatan mengitar semula kondom terpakai selepas merampas lebih 300,000 produk itu untuk dijual kepada pelanggan.

Menurut laporan BBC, ketika serbuan di gudang dekat wilayah Binh Duong, pihak berkuasa menemukan ratusan ribu kondom yang di­bersihkan dan dibungkus semula supaya kelihatan baharu.

Seorang wanita yang dipercayai pemilik gudang berkenaan telah ditahan dan dia memberitahu mendapat bayaran AS$0.17 (RM0.70) bagi satu kilogram kondom terpakai yang dikumpul untuk dikitar semula.

Suspek turut memberitahu, kondom tersebut dibersihkan, dikeringkan dan menjalani proses pembentukan semula sebelum dibungkus dan dijual.

Pihak berkuasa ketika ini menyi­asat jumlah kondom terpakai yang telah dijual di pasaran. – MalaysiaGazette