Pesawat Boeing 737 MAX 8

WASHINGTON – Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Steve Dickson akan melakukan penerbangan penilaian penerbangan Boeing 737 MAX minggu depan.

Penilaian itu penting dalam usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan persetujuan untuk menggunakan pesawat berkenaan.

Operasi Boeing 737 MAX telah dihentikan sejak Mac 2019 setelah dua nahas membabitkan pesawat itu mengorbankan 346 orang.

Dickson, merupakan juruterbang syarikat penerbangan komersial, merancang untuk menjalani latihan simulator sebelum penerbangan dan kemudian akan berkongsi penilaiannya dengan kakitangan teknikal FAA.

Ia bukan tipikal bagi pentadbir FAA untuk menerbangkan pesawat tersebut sebelum ia boleh beroperasi semula.

Dickson telah berulang kali mengatakan bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak sehingga dapat menerbangkannya sendiri.

Malah, beliau mahu membawa keluarganya menaiki pesawat berkenaan.

FAA telah memaklumkan kepada pembuat dasar AS bahawa Dickson dan Timbalan Pentadbir FAA, Dan Elwell akan berada di Seattle minggu depan untuk mengambil cadangan latihan.

“Penerbangan oleh Dickosn akan memenuhi janjinya untuk menerbangkan pesawat sebelum FAA meluluskannya untuk kembali beroperasi,” katanya.

FAA dan pengawal selia dari Kanada, Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah Brazil awal minggu ini menyimpulkan Lembaga Penilaian Operasi Bersama (JOEB) menilai latihan 737 MAX yang dicadangkan oleh Boeing.

Draf laporan Lembaga Piawaian Penerbangan termasuk penemuan JOEB akan dikeluarkan untuk mendapat komen daripada orang ramai dalam “masa terdekat,” kata FAA dan ia masih perlu menyelesaikan arahan yang menggariskan peningkatan perisian dan perubahan lain yang harus dilalui oleh semua pesawat 737 MAX sebelum meneruskan penerbangan.

Mengambil kira komen awam, MAX dapat mendapat persetujuan akhir FAA untuk kembali beroperasi pada bulan November, kata sumber mengenai perkara itu.

Semalam, Ketua Keselamatan Penerbangan Eropah memaklumkan, MAX dapat menerima kelulusan peraturan untuk kembali terbang pada bulan November dan mula beroperasi pada akhir tahun ini. – MalaysiaGazette