Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Terdapat satu kes Covid-19 hari ini melibatkan kakitangan sebuah premis perniagaan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid hari ini.

Pusat membeli-belah terkenal itu dalam kenyataannya memberi jaminan situasi adalah terkawal susulan tindakan pantas penyewa premis terbabit.

Jelasnya, pekerja sebuah kedai barangan sukan di tingkat 1, Sunway Pyramid mempunyai sejarah perjalanan tanpa memberi butiran dari negeri atau negara mana.

“Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan pengurusan bersama penyewa yang terbabit sudah mengambil tindakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus kes itu dikenal pasti.

“KKM juga sudah menghubungi mereka yang melakukan kontak dengan individu berkenaan dan sudah diarahkan menjalani ujian saringan serta kuarantin.

“Kami juga bekerjasama dengan premis yang terjejas untuk menyelaraskan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh serta mengemas kini isu ini dengan berkesan dan cekap,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast