Foto CNN.

KIEV – Sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran Kharkiv di timur negara itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang termasuk anggota kadet tentera maut semalam.

CNN melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko turut memberitahu dua lagi mangsa parah dalam kejadian malang itu.

“Kebanyakan mangsa adalah penuntut Universiti Tentera Udara Kebangsaan Kharkiv,” kata kenyataan rasmi tentera udara negara itu.

Seramai 27 orang menaiki pesawat itu dengan 20 daripadanya adalah anggota kadet dan tujuh kru.

Ketika ini, pihak berkuasa masih menjalankan kerja mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan terhempas pada 8.50 malam waktu tempatan, dua kilometer dari pangkalan tentera Chuhuiv.

Ketika ini, bomba masih lagi melakukan kerja-kerja memadam kebakaran bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat itu dikatakan terbakar selepas terhempas dan bomba berjaya memadam kebakaran selepas sejam.

Bandar Chuhuiv terletak kira-kira 30 kilometer (km) di tenggara Kharkiv dan 100 km di barat barisan hadapan lokasi di mana tentera kerajaan terbabit dengan pertempuran kumpulan pemisah pro-Russia. – MalaysiaGazette