Suarez akhirnya menjadi pemain Atletico secara rasmi hari ini.

MADRID – Selepas melalui pelbagai cabaran, keluhan, rintangan serta kekecewaan, akhirnya bintang Uruguay Luis Suarez berjaya melengkapkan perpindahan ke Atletico Madrid untuk terus kekal bersaing dalam La Liga Sepanyol hari ini.

Atletico Madrid hari ini secara rasminya menandatangani pemain itu dari Barcelona.

Ia sekaligus membuka pintu cahaya masa depan yang baharu dan terjamin untuk bintang sensasi La Liga itu dalam kempen musim 2020/21 ini.

Suarez menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab pesaing terkuat La Liga pada Jumaat selepas menjalani ujian perubatan dengan jayanya.

Suarez, 33 menyertai Barcelona dari Liverpool pada tahun 2014, dan merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah, pada musim pertama bersama the Catalans di Sepanyol.

Selain itu dia juga berjaya membantu Barcelona menjulang empat gelaran La Liga, empat gelaran Mahkota Copa del Ray dan satu piala Super Uefa sepanjang enam musim di Nou Camp.

Selama enam musim ini, Suarez menjaringkan 198 gol dalam 283 penampilan bersama Barcelona.

Bagaimanapun segala masalahnya bermula sejak Ronald Koeman mengambil alih pengurusannya setelah kelab itu dimalukan Bayern Munich 8-2 prestasi terburuk dalam sejarah kelab itu.

Koeman membuat keputusan mencampak para pemain bergaji mahal dan difikirkan tidak relevan dalam perancangan pembangunan semula pasukan.

Suarez dimaklumkan untuk mencari kelab baharu kerana tiada dalam perancangannya walaupun pemain itu menyatakan kesungguhannya membuktikan bahawa dia masih bertenaga dan mampu beraksi pada tahap tinggi.

Ia menyebabkan Suarez berkeputusan berpindah ke Juventus sebelum ia gagal termeterai berikutan masalah dokumen perjalanan dalam memperolehi kerakyatan Itali.

Atletico mula menunjukkan minat serius sebelum berjaya mencapai perjanjian secara bersama.

Semalam Suarez meninggalkan Nou Camp dengan hati yang berat dan meninggalkan stadium serta rakan sepasukan khususnya sahabat akrab Lionel Messi.

Messi juga menyatakan kekesalan dengan sikap layanan tidak profesional oleh Barcelona yang tidak meraikan sumbangan pemain itu ketika meninggalkan kelab selepas enam musim.

Atletico membayar yuran biasa tidak melebihi 6 juta Euro (5.5 juta pound) untuk Suarez yan merupakan penjaring ketiga tertinggi dalam sejarah Barcelona.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, Atletico mengalu-alukan kehadiran pemaian prolifik di dunia yang mengabadikan 100 peratus komitmen dan kesungguhan di atas padang.

Pada Jumaat Lionel Messi dalam Instaramnya memuat naik mesej khas merujuk kepada sahabat rapatnya LUis Suarez yang melengkapkan perpindahannya dengan mesej berbunyi begini:”Situasi akan menjadi pelik apabila saya akan menemui kamu dengan jersi kelab lain.

“Kamu adalah pemain terpenting dalam sejarah kelab kerana kita mencapai impian secara bersama dan juga berpasukan bukannya pada akhirnya ditendang keluar sebegitu tanpa mengenang budi.

“Namun ia tidak menghairankan saya cara kelab meriakan kamu bersempena hari terakhir sebelum kamu tinggalkan kelab.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya dalam cabaran baharu kamu, saya sangat sayang kamu sahabatku, moga kita bertemu tidak lama lagi,” kata Messi.

Dalam sidang media terakhir di Barcelona pemain itu sebak kerana terpaksa meninggalkan sahabat sepasukan dan kelab kesayangannya walaupun ditendang keluar semalam.-MalaysiaGazette

“Messi rayu jangan pergi tapi jurulatih mahu saya keluar” – sebak Suarez

 

Suarez sebak peluk Messi sebelum tinggalkan Nou Camp