KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional Sabah menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pengundi, jentera dan kepimpinan komponen yang membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, BN telah mengubah balik Kerajaan Negeri Sabah.

”Kini masanya untuk bekerja bagi merancakkan semula ekonomi dan pembangunan rakyat di Sabah,” katanya.

Manakala Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan jentera serta semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memastikan kemenangan BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, keputusan tidak rasmi Gabungan Rakyat Sabah berjaya menubuhkan kerajaan yang baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast