Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Pandan, Izham Hashim (kiri) selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Tahanan Amanah Kawasan Pandan di Menara MPAJ, Pandan Indah, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parti Amanah Negara (Amanah) di semua peringkat diingatkan agar tidak keliru dan diminta fokus perjuangan parti.

Ini kerana mereka perlu mendapatkan maklumat yang sahih bagi mengelakkan ditipu sebagaimana mereka merasai dibohongi oleh kepimpinan dalam Perikatan Nasional, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, Amanah perlu kekal dengan peranannya dalam membela nasib rakyat dan disebabkan itu penyokong disemua peringkat harus memperkukuhkan perjuangan yang didukung oleh Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebutkan itu supaya jangan ahli-ahli kita terkeliru atas apa sahaja usaha yang dibuat sama ada oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini atau apa-apa juga keputusan parti yang kita telah lakukan.

“Apa pun ahli-ahli kena dapat maklumat tepat daripada kepimpinan bukan melalui saluran-saluran yang tidak rasmi atau yang boleh dipertanggungjawabkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali keempat Parti Amanah di Pandah Indah di sini hari ini.

Dalam pada itu Salahuddin berkata, kekuatan Amanah kekal berikutan adanya kerjasama secara kolektif antara kepimpinan dalam parti.

Ujarnya, parti itu terus utuh tanpa bergantung kepada kekuatan seseorang tokoh mahu individu.

Bagaimanapun, bagi memastikan parti itu kekal relevan pihak tertinggi parti akan sentiasa meremajakan Amanah agar ia sentiasa diterima di oleh semua lapisan masyarakat.

“Saya dan Presiden (Mohamad Sabu) sedang merancang menjelang pemilihan kita pada masa akan datang.

“Menerusi konvensyen kami pada 2023 nanti, kita akan tonjolkan muka-muka baharu yang berumur 30 hingga 40an yang saya rasa perlu diberikan peluang untuk mereka duduk diperingkat kepimpinan tertinggi parti.

“Insyaallah tempat-tempat untuk mereka bertanding dalam PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang akan difikirkan dengan serius oleh kepimpina yang ada pada hari ini,” Ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Amanah bakal berkubur dlm pru 15 kecuali klu calon mereka bertanding di kawasan pengundi bercampur. Klu tanding di kawasan majoriti melayu alamatnya hye2 bye2 lah

Comments are closed.