Foto agensi

TOKYO (Reuters) – Menteri Luar China, Wang Yi mungkin melawat Jepun seawal-awalnya pada Oktober ini bagi mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya Toshimitsu Motegi dan Perdana Menteri Yoshihide Suga.

Stesen penyiaran kerajaan, NHK melaporkan, lawatan tersebut adalah susulan daripada perbualan telefon di antara Suga dengan Presiden Xi Jinping pada Jumaat lalu.

Kedua-dua pemimpin katanya, telah bersetuju untuk meneruskan perbincangan peringkat tertinggi bagi meningkatkan kestabilan serantau dan antarabangsa.

Suga, yang dilantik sebagai Perdana Menteri bulan ini mesti membaiki semula hubungannya dengan China dan Amerika Syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan pertikaian perdagangan yang berlanjutan.

Tokyo juga turut bertelagah dengan Beijing berhubung pemilikan pulau-pulau di Laut China Timur dan telah menimbulkan kebimbangan mereka terhadap aktiviti ketenteraan China di rantau ini.- MalaysiaGazette