Pengurusan pusat beli-belah, NU Sentral memaklumkan seorang kakitangannya didapati positif Covid-19 semalam.

KUALA LUMPUR – Pengurusan pusat beli-belah, NU Sentral memaklumkan seorang kakitangannya didapati positif Covid-19 semalam.

Dalam kenyataan hari ini, NU Sentral berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung langkah pencegahan diperlukan dan menegaskan ia kes  terpencil.

“KKM sudah menjalankan pengesanan kontak rapat termasuk kakitangan di pejabat pengurusan NU Sentral, mereka sudah menjalani pemeriksaan Covid-19 pada 26 September dan hasil ujian pertama mendapati semua kakitangan didapati negatif.

“Bagaimanapun, semua kakitangan diminta menjalani kuarantin secara sukarela selama 14 hari dan mereka juga akan bekerja di luar pejabat namun masih boleh dihubungi seperti biasa,” katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga pusat beli-belah itu sudah menjalankan proses sanitasi secara menyeluruh di seluruh kawasan, sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan dikeluarkan KKM pada 26 September lalu.

“Kami akan terus melakukan langkah pencegahan dan langkah berjaga-jaga ini dilakukan disebabkan keselamatan pekerja, rakan perniagaan dan masyarakat awam sangat penting bagi kami,” katanya.

Semua pengunjung dinasihati terus mematuhi SOP dikeluarkan KKM, mengamalkan amalan kebersihan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast