Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Walaupun kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah namun Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih menjadi calon Perdana Menteri blok pembangkang.

Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara itu.

“Dia (Mohd Shafie) masih salah seorang candidate,” katanya ringkas dalam siaran video sebuah portal hari ini.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu meluahkan rasa kecewa dengan kekalahan Parti Warisan dalam PRN Sabah.

Beliau dalam masa yang sama berharap kestabilan politik dapat dicapai dengan pembentukan kerajaan negeri yang baharu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sudah2 atok oiiii..
    Kes covid dah kembali melonjak dek Bahana ketamakkan geng2 kamu yg GILA KUASA.
    Atuk kan dah tahu akan kalah tapi knp masih nak adakan election..
    Bazir duit n dedahkan rakyat pd covid saja..
    Hentikan lah teman semburit atuk tu dr buat huru hara lagi..

Comments are closed.