Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama pegawai KKM yang menjalankan ujian Covid-19 di kediamannya hari ini.

KUALA LUMPUR – Ujian Covid-19 terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didapati negatif.

“Test telah selesai. Keputusannya negatif. Alhamdulillah,” katanya dalam Twitternya hari ini.

Ahmad Zahid memaklumkan beliau didatangi sekali lagi oleh dua pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menjalani ujian rapid test kit antibody D13.

Beliau sebelum itu menjalani kuarantin wajib di kediamannya dekat sini selepas pulang daripada berkempen di Sabah.

Malam tadi beliau sempat mengadakan sidang video dari kediamannya mengulas kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast