Kakitangan perubatan menggunting gelang yang dipasang ditangan Asyraf Wajdi sebagai tanda beliau bebas Covid-19.

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuku yang didapati bebas Covid-19 hasil daripada tiga kali ujian saringan menasihati mana-mana individu yang didapati negatif pada ujian saringan pertama supaya menjalani kuarantin selama 14 hari untuk memantau diri sendiri.

Ini kerana, menurutnya, virus mungkin hadir dalam badan cuma tidak dapat dikesan pada peringkat awal saringan.

”Dalam tempoh 14 hari, jika ada sebarang simptom seperti demam, batuk, selsema atau sakit tekak, mesti segera buat ujian kali kedua.

”Apa-apapun terus patuhi SOP (prosedur standard operasi) seperti pemakaian mask penutup muka, elakkan bersalaman mahupun bersentuhan ala penumbuk dan sentiasa basuh tangan atau membawa sanitiser ke mana-mana,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu.

Menceritakan pengalamannya, Asyraf berkata, beliau menjalani ujian antigen rapid kali pertama dengan mengambil spesimen daripada hidung dan keputusan diperoleh dalam tempoh satu atau dua jam serta ketepatan adalah 80%.

Ujian PCR kali dua diambil melalui hidung dan mulut. Keputusannya paling awal dalam tempoh 24 jam dan ketepatan ujian 99.9%.

Manakala keputusan ujian kit antibodi kali ketiga boleh diperoleh dalam tempoh 20 minit.

Katanya, dengan keputusan saringan kali ketiga itu membolehkan beliau mendapat pelepasan kuarantin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast