Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan CIMB telah meluluskan Program Bantuan Bersasar (TAP) bernilai RM2.5 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mana hampir RM700 juta adalah di bawah Dana Bantuan Khas Bank Negara Malaysia dan RM400 juta menggunakan dana kumpulan perbankan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, CIMB berkata, kumpulan perbankan itu akan terus komited untuk menyokong skim pembiayaan kepada PKS bernilai RM1 bilion Pakej Jana Semula Ekonomi (Penjana).

Katanya, CIMB telah mula menerima permohonan bagi skim Pembiayaan PKS Penjana dan menjangkakan jumlahnya akan terus meningkat.

Dalam masa yang sama, CIMB melihat semakin banyak permohonan skim Pembiayaan Pelancongan Penjana.

Sementara itu, CIMB Bank Berhad and CIMB Islamic Bank Berhad menggesa pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan lanjutan segera menghubungi bank tersebut kerana tempoh moratorium akan berakhir dua hari lagi.

CIMB dalam kenyataannya berkata, pelanggan yang terjejas tetapi masih belum menghubungi pihak bank boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB atau pusat pembiayaan auto untuk bertanyakan mengenai pilihan-pilihan bantuan yang disediakan.

Ini termasuklah penstrukturan semula dan penjadualan semula pembayaran pinjaman.

Manakala bagi pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, mereka boleh melawat laman https://www.cimb.com.my/frap.- MalaysiaGazette