ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA – Polis menahan seorang penumpang kereta e-hailing yang enggan memberi kerjasama kepada polis pada pemeriksaan sekatan jalan raya persiaran Tropiciana Kota Damansara. kelmarin

Malah suspek yang merupakan pegawai bank mengeluarkan kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek juga bertindak agresif terhadap polis semasa proses pemeriksaan dibuat terhadapnya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut atas tindakan kebiadaban itu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. bodoh kalau katakan ada tanda lucah,

    you are in power, don’t control normal Rakyat

    there is alot gangster out there, pls spend your energy and force to control them and not rakyat

    pakai lah…….

Comments are closed.