Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan penjelasan berhubung keputusan pihak berkuasa tempatan itu menukar nama Jalan Raja Laut kepada Jalan Palastin.

Pertukaran nama itu diisytiharkan berkuatkuasa semalam dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali semalam.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, nama Jalan Raja Laut itu membawa makna lebih besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur itu sendiri.

“Saya tiada halangan nak makan jalan di KL Jalan Palestine,sebagai tanda sokongan KL kepada perjuangan pembebasan AL-QUDS.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar Sejarah Melayu Dan KL,” katanya dalam ciapan di laman Twitter di sini.

Artikel berkaitan: Jalan Raja Laut 1 ditukar nama Jalan Palestin

Annuar turut mempersoalkan mengapa DBKL tidak menukar nama-nama jalan Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Cochrane dan banyak lagi.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, penukaran nama jalan itu dibuat selepas mengambil kira sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palastin.

Kata DBKL, cadangan mewujudkan Jalan Palastin di ibu negara telah tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019.

“Dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan telah memohon kepada DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

“Penamaan Jalan Palestin ini adalah sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin,” kata DBKL dalan kenyataan itu di laman web rasminya di Facebook.

Malah menurut PBT itu, proses mengenalpasti jalan sesuai untuk ditukar nama sebagai Jalan Palestin telah mengambil masa agak lama.

“Ini kerana ia perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur dtetapkan seperti penamaan jalan-jalan lain,” jelas DBKL lagi.

Jalan Raja Laut 1 ditukar nama Jalan Palestin

6 Komen

  1. Ni lah bodohnya Dato’ Bandar KL…Raja Laut itu ialah anak kedua Sultan Selangor. Baginda ialah Penghulu Kuala Lumpur dan orang yg menubuhkan sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur.

  2. Babi tol Datuk Bandar KL… kenapa tak tukar jalan nama cina ke jalan Palestine????… sial la ko nie dan keturunan ko…

    • Nampaknya DBKL membuka ruangan kepada pendatang-pendatang China, Keling, dan Rohingya juga berhak menuntut Jalan China, Jalan Keling, dan Jalan Rohingya bagi memaparkan masyarakat berbilang kaum di KL. Padahnya VIP politikus kemaruk sokongan undi pendatang.

  3. Dari awal aku hairan…kenapa Sang bodoh boleh rasa berbangga hanya kerana tukar nama Jalan berkaitan kepada Jalan PALASTIN.,Aku lebih rasa bangga jika jalan YAP AH LOY di tukarkan kepada Nama jalan PALASTIN.Kenapalah bangsa aku tetap dengan kebodohannya bila jadi ketua., Bangga dari sudut mana…..minra pencerahan

  4. Sepatutnya hilangkan nama jalan pendatang china …dan kepada penjilat jgn jilat dan bodek lebih takut nanti Melayu seperti tiada aidentiti bangsa sendiri.

  5. Kalau nak tukar sgt, tukar jer nama Jln U Thant ke Jln Palestine, lagi tepat sbb Kedutaan Palestine pun terletak di Jln tersebut.
    Problemm solve.

Comments are closed.