Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal agar jangan melampau.

“Jgn melampau. Rakyat sedang memerhati,” bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayshal yang ‘mendabik dada’ dengan mengatakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Bersatu tidak bertanding sendirian bahkan secara kolektif dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah katanya, PN terbukti mempunyai kekuatan tersendiri biar pun baru setahun jagung, sambil memetik dapatan Merdeka Centre menunjukkan PN kalau kena gaya tidak bertembung tiga penjuru akan mampu menawan dua pertiga Dewan Rakyat.

Wan Ahmad Fahsyal juga berkata, rakyat lebih menyayangi PN daripada parti lain kerana tidak dibayangi dengan skandal dan masalah kronik sehingga rakyat sukar percaya.

Malah Wan Ahmad Fahsyal juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Susulan kenyataan itu, Ketua Pemuda UMNO mengingatkan Bersatu tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri termasuk Sabah walaupun parti itu mempunyai kerusi minoriti.

Tegas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Bersatu jangan mudah lupa dengan pengorbanan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberi laluan mudah kepada parti itu mengetuai kerajaan pusat dan negeri sebelum ini. – MalaysiaGazette

16 Komen

  1. Sabar UMNO ,Pengkhianat akan menyembah bumi juga akhirnya.tunggu dan lihat nanti.jgn layan budak mentah ni.tengok apa jadi dgn Syed Sadik sepakraga terpaksa lompatpagar,padamuka aku

  2. ketua armada ppbm dh mabuk dedak..lupa asal usul ppbm dri peluh dn daki tunM yg putar alam pada mata majoriti org melayu..PN pun bkn bersih cuma tiada pendakwaan shj..dlm PN ramai katak2 yg brkepengan diri…

  3. Wahai UMNO …BERDIRI DN BERGERAK DGN BERMARUAH DARIPADA ‘BERMADAH IRAMA’ DIPERLAKUKAN SEUMPAMA ‘BARUAH’…. BELAJAR DN INSAFLAH AKAN NILAI PERIKATAN YG JELAS ‘STATUS’ UMPAMA ‘TIDAK DI PARWAH DN UMPAMA BARUA PADA PRN SABAH ITU…

  4. Abaikan saja. Mari sama2 perkukuhkan muafakat.Saya berpendapat ini pandangan individual bukan kenyataan parti nya. Ada potensi seperti Syed Sidik

  5. BERSATU dah join dengan PAS dan UMNO baru boleh menang, harapka npentokong UMNO dan PAS yang tolong undi, kalau tidak join pasti Bersatu akan jadi seperti PRK Semenyih lah.

  6. Kau sembang saja lebih wahai pemimpin umno.
    Dahulu masa memerintah pemimpin umno umpama raja tak boleh sentuh, tak boleh didakwa biarpun kaki rasuah salah guna kuasa.
    Sekarang bila rakyat dah tolak tau pula merayu2 minta diberi peluang.
    PBBM parti bermaruah kerana parti ini menang semasa pru14. Yang tumbangnya BN. Patut pun pemimpin PPBM kata demikian sebab ada pemimpin umno yang masih tak sedar diri bila diberi peluang berada di dalam kerajaan sekarang. Dan lihat pula pemimpin umno yang terlibat dengan kes2 di mahkamah. Yang jelas siapa yang banyak terlibat kes rasuah.
    Tengok apa sudah jadi dengan BN di negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah.
    Di Kelantan Pas akan memerintah sampai bila2 tau.. In sha Allah

  7. Semangat pemimpin pas blh dijual beli, jika dilihat tindak tanduk yg berlaku skrg ini, masa susah bersama, masa senang gajah dpn mata xnampak, dulu sama2 menangis bila ketawa sembunyi diri.

  8. BN skrg tinggal org melayu jer sokong..cina dah sokong dap..apamacam masih nak belagak lgi ker? Sedarlahh mahkamah menunggumu wahai pengkhianat bangsa.

  9. Apapun tunggu PRU15. MN PN mahu jadi PH. Berantakan dan sombong diri. Tiada semangat setiakawan. Akhirnya rebah hilang kuasa.

  10. “Tegas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Bersatu jangan mudah lupa dengan pengorbanan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberi laluan mudah kepada parti itu mengetuai kerajaan pusat dan negeri sebelum ini.”

    pengorbanan umno menghabiskan bogheh rakyat.. boleh lah..

  11. Org Melayu ini lah punca kalah dan berpecah belah tak habis habis nak berebut kuasa dan jawatan,sudah sudahlah wahai bangsa melayu..

  12. Org Melayu ini lah punca kalah dan berpecah belah tak habis habis nak berebut kuasa dan jawatan,sudah sudahlah wahai bangsa melayu.

  13. yang melampau adalah mereka yang di beri kuasa oleh rakyat malah mengkhanati rakyat dengan menyalahgunakan kuasa utk memiliki harta yang melimpah ruah..

Comments are closed.