A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – “Rasanya tidak pelik kalau Bung Moktar telan Hajiji hidup-hidup.”

Itu kata bekas pemimpin Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin berhubung penularan ciapan Datuk Seri Masidi Manjun yang seakan-akan ada yang tidak kena dalam Kabinet baharu kerajaan Sabah.

“Bayu dari Gunung Kinabalu membawa khabar mengatakan Bung Mokhtar naik angin dan buat ribut menuduh Ketua Menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari Bersatu, (Datuk Seri) Hajiji Mohd Noor, mungkir janji.

“Itulah yang tular di media sosial,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata, semua sedia maklum bahawa peruntukan kewangan portfolio Kementerian Kerja Raya lebih besar daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Kalau kita bandingkan watak Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Datuk Hajiji Noor, rasanya tidak pelik kalau Bung Moktar telan Hajiji hidup-hidup.

“Hajiji boleh selamat hanya dengan perlindungan Putrajaya. Itu pun selagi (Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) masih berkuasa,” kata Kadir.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya akan beritahu selepas saya bersara – Masidi

2 Komen

  1. Haaa tak payah sibuk lah hal org lain penjilat Medey…korang ni tunggu masa je kena humban dgn rakyat..musibat kaki kencing ni

Comments are closed.