TERKINI : Mohamaddin Setuju Beri Keterangan Kepada Polis di Sabah – Huzir Mohamed

Pemimpin parti Warisan, Datuk Mohamaddin Ketapi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya ketika berceramah semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dalam masa terdekat.