Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak ‘sampai bila-bila’.

Menurut Mahathir, pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh-sungguh agar Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Tidak cukup dengan itu, katanya, beliau juga berusaha agar Najib boleh menggantikan Pak Lah namun persepsinya terhadap Najib berubah bila anak bekas Perdana Menteri itu mengetuai negara.

Ini kerana, ujarnya, Najib telah membuatkan orang semakin benci dengan UMNO

“Saya tak boleh maaf orang yang menghancurkan parti, sampai orang benci kepada UMNO.

“Masa pilihan raya dulu Pak Lah (Abdullah Badawi) menang lebih daripada saya, namun sekarang orang tolak Pak Lah, orang tolak Najib, pencapaian Najib lebih teruk daripada Pak Lah

“Orang yang menghancurkan UMNO saya tak boleh maaf, sampai bila-bila,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dalam program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kesungguhannya hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri dulu telah menyebakan tercetusnya perkelahian antara beliau dan Pak Lah.

“Tetapi bila Najib menjadi Perdana Menteri, beliau sudah ‘bertukar’…umpamanya isterinya dimarahi orang kerana cuba nak menonjol diri, cara dia berbelanja dan sebagainya.

“Tetapi saya tidak begitu peduli tentang Rosmah, saya lebih tertumpu pada Najib…sebagai pemimpin, dia mesti menjaga maruahnya.

“Namun dia terus mempertahankan isterinya,” kata Mahathir – Malaysia Gazette

9 Komen

  1. Amat malang sekali, org yg bagi syg kan UMNO TLAH juge menhancorkan UMNO. INI KAH KEFAHAMAN ISTILAH ‘SAYANG’ DLM BAHASA KEBANGSAAN ATAU BAHASE MELAYU YG DIFAHAMI OLEH ORG/MASYARAKAT MELAYU? MUNGKIN ISTILLAH SAYANG ITU TELAH BERIBAH. TIMBUL PERASAAN BENCHI MUNGKIN DAN DGN ITU NIAT NAK HANCHORKAN UMNO? Ini kah sifat pemimpin yg patut kita hirmati, makah senyak dua kali UMNO MENERINANYA DAN MEKETAKKANNYA KE JAWATAN TERTINGGI NEGARA? INI KAH BALASAN NYA KPD UMNO? AMAT MALANG BGI UMNO DAN ORH MELAYU. ADTAGFIRULLAH?

  2. Kelakar lh ko mahathir, DSR tak plu maafkn drpd kamu lh mahathir, ko tu yg byk buat dosa dgn DSN..org tu ni tak sdr diri..ko tak plu lh nk ckp bukn2 taubat2 lh drpd politik ya..ko byk dgn dosa selama ko jdi pm..aku sbgai rakyat tidak akn maafkn n halal harga rakyat yg ko rembat utk kluarga ko ingt tu org tu…ingat tu…ko nk minta maafbke dgn sekelian rakyat kat mlysia yg ko buat jahat slma 22 tahun jadi pm tambah lg 2 tahun..ckup2 lh yg taubat sblum ko tutup mata .

  3. Dah nyanyuk orang tua ni..tk ada keperluan pun untuk kau maafkan najib dan najib pun tk ada apa2 keperluan pun untuk meminta maaf dari ko..apalah orang tua ni asyik2 cakap tk nk maafkan najib..tk nk maafkan pun tu kau punya hal lah..ni sibuk nak canang satu dunia.

  4. Kah kah kah…kalau orang Melayu membenci UMNO, tidak mungkin UMNO muncul sebagai parti tunggal yang menang kerusi paling banyak dalam PRU lepas. Siapa yang undi UMNO? Tak mungkin orang Cina! Cuma BN yang kalah sebab kelemahan parti komponen BN spt MCA dan MIC. Malahan dlm PRK2 selepas itu, UMNO turut menang bergaya…siapa yang undi UMNO?? Hantu kah? Woiii orang tua tak sedar diri…kau lah punca BN tewas…ko lah yg bersekongkol dgn DAP memecah belah kan org Melayu dgn fitnah2 busuk dari hati kau yg sangat terkutuk! Kau yg patut meminta maaf dgn DS Najib dan orang Melayu kerana fitnah busuk!

  5. Oh dia tak kan maafkan najib sampai bila bila. Tapi dia ke ingat orang melayu dan UMNO tak kan maafkan dia sampai bila bila. Pastikan dia dxn keturunannya di makan sumpah laknat najib sehingga merempat.

  6. Lucu , kelakar sgt….nyanyuk dr seorg tokoh yg dahulunya mjadi idola tapi sekarang ni mjd kebencian meluat yg teramat sgt dr seluruh rakyat malaysia.. Betul sgt kah dia yg lucunya ibarat badut dn manusia retorik sifatnya..

    .

  7. Makin parah dah atok ni. syg sungguh.. sepatutnya atok meninggalkan yg baik2 utk dikenang. kesian kat atok

Comments are closed.