Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Abdullah. foto SYAFIQ AMBAK, 29 SEPTEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Tiada kluster sekolah membabitkan pelajar namun semua pihak termasuk pengurusan sekolah perlu menguruskan risiko jangkitan di kawasan masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, risiko tetap ada dan kalau individu keluar rumah mereka perlu menguruskan risiko itu.

“Jadi setakat ini di sekolah kalau tiada jangkitan kita akan biarkan. Contohnya di Kedah, ada sekolah yang berlaku jangkitan antara guru dan murid dan kita tutup sekolah serta menjalankan proses nyah cemar dan nyah kuman di kawasan sekolah.

“Tapi setakat ini tiada laporan ada kluster di sekolah,” katanya dalam sidang di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada selamat pelajar ke sekolah memandangkan peningkatan kes baharu Covid-19 dilaporkan sejak kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast