PRN Sabah Lebih 700 Polis Dikuarantin, 287 Positif Covid19 Hari Ini | EDISI MG 8mlm – 2 Oktober 2020

Selepas diterbangkan untuk membantu operasi sepanjang Pilihanraya Negeri Sabah, lebih 700 pegawai dan anggota polis kini menjalani proses kuarantin.

Lebih 200 kakitangan ialah dari Semenanjung yang kini ditempatkan di sebuah hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala bakinya dari Sarawak yang diarahkan menjalani kuarantin di sebuah pusat latihan di negeri tersebut.