Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran untuk melaksana atau mengeluarkan perintah ujian saringan ke atas semua pengembara yang pulang dari Sabah sebelum 29 September lalu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Cadangan itu berdasarkan penularan tempatan adalah dalam kalangan mereka yang pulang dari Sabah sebelum tarikh tersebut.

Sedangkan saringan wajib di pintu masuk dari Sabah hanya dilaksanakan pada tarikh itu.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mengambil kira tempoh inkubasi 14 hari dengan mengambil tarikh ke belakang selama tempoh itu bermula iaitu 27 September atau sekurang-kurangnya bermula pada 12 September 2020.

”Ini langkah proaktif pencegahan dan kita tak boleh lagi tunggu dan lihat.

”Apabila langkah proaktif ini diambil, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko penularan tempatan,” katanya yang risau berlaku gelombang kedua penularan Covid-19.

Ujarnya, semasa gelombang pertama pun sudah cukup menyeksakan pada rakyat yang kehilangan punca pendapatan, kedai terpaksa ditutup dan dibuang kerja.

Berikutam itu, tindakan berkenaan perlu dilakukan segera sebagai langkah pencegahan total. – MalaysiaGazette