Shuib dan Siti Sarah.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Siti Sarah dan Shuib Sepahtu tidak dapat membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil pasangan selebriti itu semalam untuk tidak mengganggu siasatan dan menghormati sistem perundangan negara.

Pasangan suami isteri artis, yang juga usahawan terkenal adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Nana Mohamad Rom berkata, untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

”Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

”Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan ringkas. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Takut kerr Jerung menggigit, maka bilis sebaya daun rumput yang digigit, SPRM…? Ex-PM4 kenyang sakan entah dari mana puncanya dan meragukan rakyat, tapi pelawak kerdil berusaha siang malam cari makan yang ditekan.. Uhh, nasib ngkolah rakyat marhein..

Comments are closed.