KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggerakkan pasukan bantuan menghantar peralatan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE), alat-alat bantuan pernafasan (ventilator) dan juga membuka pusat rawatan berisiko rendah bagi dijadikan pusat kuarantin dan menempatkan kes-kes positif Covid-19 yang stabil.
Langkah-langkah segera itu dilakukan bagi memastikan situasi penularan Covid-19 di negeri Sabah dapat dikawal.
Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan berkenaan dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes Covid-19 di sana dan telah dipertingkatkan mengikut keperluan semasa di negeri Sabah.
Menurutnya, Sabah mempunyai enam buah hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang masing masing mempunyai kapasiti 590 katil dan 1,396 katil.
Sehingga 2 Oktober 2020, kadar penggunaan katil adalah sebanyak 69 peratus di hospital KKM dan 31 peratus di PKRC.
Bagi Perkhidmatan Rawatan Rapi pula, Sabah mempunyai 66 katil yang dikhususkan bagi merawat pesakit Covid-19 yang kritikal dan kadar penggunaan adalah sebanyak 23 peratus, katanya.
Selain itu, KKM telah melaksanakan tindakan-tindakan lain termasuk:
o Pengesanan Kontak Rapat bagi kes-kes positif Covid-19;
o Saringan Bersasar di empat daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah;
o Saringan Bagi Pengunjung dari Sabah di Setiap Pintu Masuk (Antarabangsa dan Domestik)
o Sejak pelaksanaan saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap Pintu Masuk (Antarabangsa dan Domestik), sejumlah 13,032 individu telah disaring
dan 176 kes telah dikesan Covid-19.
o Saringan Kumpulan Berisiko Tinggi, di mana antara saringan dijalankan terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen, dan
saringan petugas Kesihatan dan
o Aktiviti Survelan melalui pemantauan kes-kes penyakit seperti influenza, penyakit pernafasan akut teruk (SARI), saringan pra pembedahan dan lainlain aktiviti survelan di lapangan. – MalaysiaGazette

















Hahhh.. Nak kan prn .. Akhirnya menyusahkan org.. Sape yg bangang tu??? Jawab sendiri.