Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti tiga kluster baharu hari ini iaitu dua di Kedah dan satu di Selangor.

Kluster baharu itu dikenal pasti di Kulim, Kedah yang berpunca dari kes indeks ke-11, 471 seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko di Sabah.

Beliau dikesan positif pada 30 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga lagi kes positif Covid-19 bagi Kluster Bah Lunas dikenal pasti dan kesemua kes positif berkenaan melibatkan warganegara tempatan dan Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sehingga 3 Oktober lalu, sejumlah 112 individu telah disaring dengan empat didapati positif dan 87 lagi masih menunggu keputusan.

Manakala Kluster Bah Rose, Kedah dikenal pasti di Kuala Muda, Kedah iaitu kes ke-11,212, juga seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Dia dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Susulan itu, saringan kontak rapat membabitkan 477 orang telah dijalankan dan tujuh didapati positif Covid-19 dan lima lagi masih menunggu keputusan serta 69 didapati negatif.

Saringan yang dijalankan di Pulau Pinang membabitkan 389 orang pula menemui seorang positif dan 71 lagi negatif manakala 324 pula masih menunggu keputusan.

Di Selangor pula, Kluster Jelok pula dikenal pasti di Selangor dan Kuala Lumpur, kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11, 788) adalah seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.

Kes dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan daripada lapan yang disaring tiga didapati positif. – MalaysiaGazette