Kawasan High Street di Croydon, London masih menjadi tumpuan orang ramai biarpun kes jangkitan koronavirus di Britain masih tinggi. foto Agensi

LONDON – Britain melaporkan 12,872 kes Covid-19 baharu – angka harian tertinggi terbaharu.

Jumlah itu menunjukkan kenaikan dua kali ganda daripada 6,968 kes yang dilaporkan pada hari Jumaat, sekali gus memadamkan rekod 7,143 kes jangkitan baharu yang dilaporkan hari Selasa.

Britain kini memproses lebih daripada 200,000 ujian Covid-19 sehari berbanding kurang daripada 100,000 pada permulaan wabak ini.

Jumlah kematian yang dicatatkan dalam masa 28 hari daripada ujian positif Covid-19 juga merosot kepada 49 pada hari Sabtu berbanding 66 hari sebelumnya. – MalaysiaGazette