Gambar hiasan

AMSTERDAM – Pesawat KLM yang terbang dari Bucharest ke Amsterdam telah ‘diselamatkan’ sebelum berlepas selepas menerima ancaman bom.

Semua penumpang dan anak kapal dikeluarkan daripada pesawat dengan selamat.

Bagaimanapun, ancaman membabitkan pesawat KL1376 itu disahkan palsu, menurut jurucakap syarikat berkenaan.

“Operasi mengesan (bom) akhirnya tidak menemui sebarang bahan letupan di dalam pesawat berkenaan,” ujarnya.

Pesawat itu akan berlepas ke Amsterdam pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast