Deretan pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. dua syarikat bas ekspres memberi kelonggaran terhadap penukaran tarikh perjalanan kepada pelajar yang terlibat dengan penangguhan kemasukan ke Instituti Pengajian Tinggi (IPT) berikutan peningkatan kes baharu Covid-19.

MAS memaklumkan pengecualian caj tambahan bagi penjadualan semula tiket penerbangan untuk tempoh setahun daripada tarikh pembelian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang terlibat boleh malayari laman sesawang Malaysia Airlines di alamat https://www.malaysiaairlines.com/hq/en/student-waiver.ttml.

AirAsia turut mengambil inisiatif sama dengan menyediakan kemudahan pertukaran tarikh perjalanan tanpa had untuk laluan yang sama untuk pelajar dan ibubapa mereka sebelum 31 Disember ini.

Menurut syarikat penerbangan tambang murah itu, mereka yang mahu menukar tarikh perjalanan boleh berbuat demikian dengan menghubungi IPT masing masing bagi mendapatkan cara melakukannya.

Sementara itu, dua syarikat bas ekspress, Sani Express dan Eskpres Perdana turut memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas untuk menangguh atau menjadual semula perjalanan mereka ke IPT masing-masing.

Sani Express memberi kelonggaran itu bermula 3 Oktober hingga 31 Disember dengan perlu memaklumkannya menerusi Whatsapp di talian +0619-2685050 atau +6019-6279129 atau merujuk ke kaunter syarikat yang berdekatan dengan melampirkan pengesahan identiti pelajar dan surat rasmi penangguhan kemasukan IPT.

Sementara itui, bagi penumpang Ekspres Perdana, mereka perlu memaklumkan permohonan penangguhan kepada pengurusan syarikat melalui Whatsapp di talian +60148128000 atau merujuk di kaunter syarikat yang berhampiran.

Para pelajar juga dikehendaki melampirkan pengesahan identiti pelajar dan surat rasmi penangguhan daripada IPT masing-masing

Menurut Ekspres Perdana, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menguhubungi talian khidmat pelangan syarikat di talian +60148128000. – MalaysiaGazette