Zainal Rahim Seman. foto AFFAN FAUZI, 05 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Portal Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) yang menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) telah menerima hampir sembilan juta pengunjung dan 200,00 pendaftaran pekerjaan sehingga 2 Oktober lalu walaupun baru melakukan prapelancaran pada 28 September lalu.

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, SPA9 yang merupakan penambahbaikan sistem SPA8i kini adalah borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon untuk pekerjaan di Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan empat buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pulau Pinang.

Jelasnya, portal itu dibangunkan dengan penggunaan kad pengenalan di mana pemohon dapat mengesahkan dan mengemas kini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.

“Salah satu keistimewaannya juga ada menyediakan kemudahan padanan pekerjaan untuk mengenal pasti skim jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon.

“Pengisian maklumat akademik calon, pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik, maklumat kewarganegaraan, maklumat maklumat kad Orang Kurang Upaya, penerima bantuan eKasih dan lesen memandu juga secara automatik yang dijana terus menggunakan sistem yang diintegrasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran SPA9 di sini hari ini.

Zainal menambah, berkonsepkan ciri-ciri keselamatan dan kerahsiaan maklumat, kini proses semakan kelayakan, permohonan jawatan dan tapisan melalui SPA9 menjadi lebih mudah dan mesra pengguna.

Tegas beliau, jaminan data yang lebih berintegriti dan telus diperoleh melalui data perkongsian pintar dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

“Harapan yang saya perlukan dengan pelancaran SPA9 ini, SPA dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih efektif, akauntabiliti, inklusif dan sampai kepada semua lapisan masyarakat walau di mana berada dengan jurang pemisah digital (digital divides) yang minimum.

“Untuk pelan jangka panjang, saya mengesyorkan tambahan sistem yang ada ditambah baik dengan ciri kecerdasan buatan (kecerdasan buatan) untuk membantu SPA menggunakan dengan lebih cekap demi mencari calon yang sesuai untuk perkhidmatan awam.

“Perkhidmatan awam pada masa depan akan menggunakan data sebagai aset strategi yang akan menjadi nilai tambah dan berdasarkan bukti dalam merangka dasar untuk menambah baik perkhidmatan.

“Oleh itu, SPA akan selalu berwaspada dengan etika kerahsiaan data (privasi data), data keselamatan (keselamatan siber), perkongsian (perkongsian data), data yang tidak diguna (usang data), maklumat palsu dan lain-lain. Cabaran mengurus data ini akan menyokong pendengaran yang dinamik di antara dasar kerajaan, proses, proses, teknologi (enabling technology) dai masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette