Seorang wanita sedang melangkah ke arah tram di Dublin yang kini sedang melakukan sekatan pergerakan tahap 3. foto Reuters

DUBLIN – Ketua Kesihatan Ireland mencadangkan kepada kerajaan supaya melaksanakan sekatan pergerakan selama empat minggu, yang mana saranan itu akan dibincangkan dalam Kabinet Isnin ini.

Pasukan Kecemasan Kesihatan Awam Kebangsaan Ireland menyarankan agar peraturan Covid-19 itu dinaikkan pada tahap 5 berbanding tahap 2 di 24 buah negeri, selain menguatkuasakan tahap 3 di Dublin dan Donegal, menurut sumber-sumber.

Pelaksanaan tahap 3, orang ramai tidak dibenarkan ke bandar kecuali untuk kerja, belajar dan tujuan penting.

Kerajaan selama ini menerima nasihat daripada pasukan tersebut sepanjang pandemik Covid-19 tetapi salah satu sumber mengatakan pelaksanaan semula sekatan akan memberi kesan ekonomi dan sosial yang serius.

Perdana Menteri Micheal Martin dan pemimpin dua rakan gabungannya akan menemui Ketua Pegawai Perubatan negara itu pada hari Isnin menjelang mesyuarat Kabinet untuk membincangkan cadangan tersebut.

Di bawah tahap 5, orang ramai diminta untuk tinggal di rumah, kecuali untuk bersenam dalam jarak 5 kilometer dan hanya peruncit penting sahaja dibenarkan beroperasi.

Tidak seperti sekatan pergerakan pertama yang menyaksikan sekolah dan sekolah dan tadika tidak perlu ditutup.

Seperti di Eropah, Ireland juga menyaksikan kenaikan jangkitan kes yang stabil sejak akhir Julai lalu selepas melaksanakan sekatan pergerakan yang teruk.

Ireland merekodkan kes jangkitan harian tertinggi sejak akhir April 2020 pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun jumlah kes kumulatif 14 hari adalah 104.6 bagi setiap 10,000 orang – mewakili kadar jangkitan ke-14 daripada 31 buah negara Eropah yang dipantau oleh Pusat Kawalan Wabak bagi Eropah.

Di Eropah, kawasan jangkitan paling teruk adalah di Sepanyol dengan kadar tiga kali lebih tinggi berbanding Ireland namun masih tidak melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang ketat.

Di Sepanyol, restoran, gimnasium dan kedai masih lagi dibuka tetapi pada kapasiti terhad. – MalaysiaGazette