KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan beliau perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula hari ini.

Beliau berbuat demikian setelah menerima nasihat kuarantin daripada Kementerian Kesihatan (KKM) selepas  Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Yes, i was at the meeting indeed. But i was never physically close to the YB minister. Thus i am categorised as “distant contact” by KKM.(Ya..saya telah berada dalam mesyuarat (Mesyuarat Khas Covid-19 bersama Perdana Menteri) dan saya dikategorikan sebagai “kontak jauh” oleh KKM).

But still i have to undergo self quarantine process at home, as instructed by KKM (Namun saya masih perlu menjalani proses kuarantin diri di rumah seperti diarahkan oleh KKM).

I went for a swab test earlier this evening and proven Negative (Saya telah menjalani ujian calitan petang tadi dan disahkan negatif,” katanya kepada wartawan MalaysiaGazette ketika dihubungi sebentar tadi.

Abdul Hamid adalah antara pegawai tertinggi kerajaan yang hadir ke Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada 3 Oktober lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Perdana Menteri 3 Oktober lalu.

Muhyiddin hari ini dalam kenyataannya turut memaklumkan sedang mengkuarantin diri selama 14 hari.

Abdul Hamid berkata, buat masa ini beliau tidak mengalami sebarang gejala.

Sepanjang tempoh kuarantin, beliau perlu mengendalikan pemeriksaan diri menggunakan aplikasi MySejahtera.

Abdul Hamid memaklumkan beliau akan menjalani ujian saringan sekali lagi pada hari ke-13. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri jalani kuarantin dua minggu

2 Komen

  1. Moga semua sehat.. Yg negatif terus negatif.. Yg positif kembali negatif.. Sembuh dan sehat. Allah lindungi kita semua. Aamiin

  2. Mohon TS Hamid Bador KPN..membuat satu usaha membendung dn nembasmi JUDI DALAM TALIAN yg kini menular bermaharaja di negara kita ini sekarang..
    Tolong lah berkeperihatinan terhadap sensiviti rakyat yg mlihat senario judi ditalian bhbg kait dgn agensi penguatkuasaan / pdrm…..
    Peliharalah IMEJ PDRM…..

Comments are closed.