Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Heboh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari langgar tempoh kuarantin di kediamannya semalam.

Dalam kejadian itu, Amirudin mengakui terpaksa keluar dari tempoh kuarantin kerana untuk menyelesaikan isu pencemaran air Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas.

Katanya, beliau memohon maaf kerana melanggar kuarantin, tetapi pada masa sama, ujian saringan ke atasnya sebelum ini menunjukkan keputusan negatif.

“Saya ketika ini menjalani tempoh kuarantin, walaupun ujian saringan ke atas saya menunjukkan keputusan negatif.

“Tetapi, disebabkan berlaku masalah pencemaran air di Sungai Semenyih, yang memberi kesan kepada rakyat Selangor, saya terpaksa keluar dari kuarantin malam ini,” katanya menerusi ciapan Twitternya, semalam.

Namun, menurut Amirudin, ketika keluar dari kediamannya, beliau mengambi langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘face shield’ dan ‘face mask’.

Beliau kemudian bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meninjau muka sauk Sungai Semenyih yang dicemari akibat aktiviti pembersihan reban itik dan angsa besar-besaran di Sungai Pajam.

Selain itu, akiviti pencemaran di Kawasan Perindustrian Nilai 3 berhampiran Sungai Batang Benar juga dipercayai punca pencemaran itu.

Berikutan itu, LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti operasi semalam, selepas pencemaran itu dikesan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Skarang kita tengok melalak tak geng2 pembangkang yang dok hentam menteri PAS langgar quaratin dan apakah Wak Mir akan disiasat polis jugak? Kita tengok “spin” belah sana…

  2. Aiii nyonya terresa Cock kenapa tidak menjerit melompat-lompat macam buat kat Takiri, terlepas pandang ka sembunyi kepala celah kangkang..? Tu Mat Sabu pun langgar SOP juga, kenapa bisu dan buat bodoh?! Kanni niama…

Comments are closed.