Selvamani Karuppiah, 50 dikehendaki polis bersangkut kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek dikenalpasti bernama Selvamani P. Kanniah berusia 50 tahun.

Lokasi terakhir suspek adalah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan Cheras, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp. Kalidasan A/L V.Rajakumar (Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Cheras) di talian 011-16367407 atau 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast