Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Semua menteri Kabinet dilaporkan menjalani ujian Covid-19 hari ini susulan perkembangan terkini yang mendakwai ada kalangan mereka positif pandemik tersebut.

Sumber memberitahu MalaysiaGazette, beberapa program yang sepatutnya berlangsung hari ini melibatkan menteri-menteri Kabinet terpaksa ditangguhkan.

Terdahulu di media sosial, tular berita salah seorang menteri Kabinet didapati positif Covid-19.

Menteri berkenaan yang sepatutnya hadir program pelancaran di sini didapati tidak hadir dan pihak penganjur tidak memaklumkan sebarang alasan.

Bagaimanapun, sehingga kini berita tersebut tidak dapat disahkan lagi.

Sidang media oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya bersiaran pada pukul 2 petang juga dibatalkan.

Begitu juga dengan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr  Noor Hisham Abdullah pada pukul 5.30 petang ini turut dibatalkan. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

Comments are closed.