Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PUTRAJAYA –  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 90 individu kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjalani saringan Covid-19 adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, konrak itu turut melibatkan semua ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara.

“Mereka semua didapati negatif termasuk yang hadir mesyuarat pada 3 Oktober lalu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Noor Hisham memberitahu, pejabat kesihatan daerah kini dalam proses mengenal pasti kontak rapat dan menjalankan penilaian risiko serta saringan

“Pejabat kesihatan daerah akan terus menjalankan proses mengenal pasti kontak lain,” katanya.

Semalam, Zulkifli dilapor disahkan positif Covid-19 dan dirawat di sebuah hospital di Seremban.

Menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast