ADUN Maharani Nor Hayati Bachok disahkan positif Covid selepas kurantin diri sejak 26 September lalu.-Foto Kredit: Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Maharani

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok yang sedang menjalani kuarantin sejak 26 September lalu dikesan positif Covid-19 semalam.

Dalam kenyataan di laman rasmi Facebook Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR), Nor Hayati baru sahaja pulang dari Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) pada 26 September lalu beliau terus menjalani ujian saringan dan keputusannya negatif.

Walaupun tiada sebarang arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin atau pengasingan, wakil rakyat PKR Johor itu telah mengambil inisiatif sendiri melakukan kuarantin kendiri di kediamannya.

“Beliau telah menjalani ujian saringan kedua pada 4 Oktober lalu dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya pada semalam yang beliau didapati positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan,” kata kenyataan yang sama hari ini.

Namun begitu, PKWR memaklumkan Nor Hayati sentiasa mematuhi segala arahan KKM dan pihak bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam mencegah penularan.

Menurutnya, sejak hari pertama kembali sehingga semalam Nor Hayati telah mengamalkan kuarantin kendiri di rumah atas inisiatif sendiri serta tidak hadir ke mana-mana program di luar dan tidak bertemu rakyat.

“Semua kontak rapat kepada beliau telah dikenal pasti oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muar telah menjalani ujian saringan dan sedang menanti keputusan dalam masa terdekat.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan terus menghubungi sesiapa yang berkontak rapat dengan beliau untuk menjalani saringan.

“Pihak kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini.

“Sekali lagi, kami menggesa agar warga Maharani tidak panik dengan mesej-mesej yang tular sebaliknya sentiasa mendapatkan informasi sahih daripada pihak KKM sahaja dan menyeru masyarakat menghentikan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada beliau dan keluarga untuk melalui ujian ini dengan tenang dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Nor Hayati agar dapat terus berkhidmat dan berbakti kepada seluruh rakyat,” kata kenyataan yang sama.

Tambah PKWR itu, pihaknya sejak awal lagi telah mengambil maklum penularan mesej tentang status kesihatan wakil rakyat berkenaan yang turut mendedahkan maklumat peribadi beliau dan keluarga.

Menurut pusat khidmat Nor Hayati, individu yang bertanggungjawab menularkan mesej itu telah dikenalpasti dan telah membuat laporan polis serta bakal disusuli dengan tindakan undang-undang ke atas individu itu.

“Pihak kami menggesa masyarakat menghentikan penyebaran maklumat peribadi beliau dan keluarga yang bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Rata2 yang menyebarkan virus pembunuh ini baru sahaja balik dari Sabah. Adakah Sabah telah menjadi epicenter dalam penyebaran gelombang ketiga selepas PRU negeri baru2 ini?

    Kalau benar, parti Warisan, DAP, PKR dan rakan sekutu mereka Pakatan Hancing perlu mengambil tanggungjawab penuh?

  2. Ddin Ketapi dah kata, Covid-19 ini hanya wayang.. Kita berdoa agar Wayang Covid-19 ni melekat kay dia hingga habis nyawa.

Comments are closed.