Cavani berjaya melengkapkan perpindahan ke Old Trafford semalam.

MANCHESTER – Edinson Cavani melengkapkan perpindahan ke Old Trafford pada hari terakhir jendela perpindahan sebelum ditutup 11 malam 5 Oktober 2020.

Manchester United secara rasmi mengumumkan pembelian bintang sensasi tanpa ejen itu secara percuma.

Bintang antarabangsa Uruguay itu menandatangani kontrak setahun dengan opsyen penyambungan kontrak setahun lagi.

Cavani yang pernah menang kasut emas dalam Ligue 1 Perancis dan Serie A Itali telah menjaringkan 341 gol di peringkat kelab sejah berhijrah ke Eropah pada 2007.

Ia termasuklah 35 gol di peringkat kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam penampilan bersama Paris Saint German sehingga tahun lalu, dia berjaya menjulang enam gelaran liga dengan 200 gol sekali gus diangkat sebagai penjaring sepanjang hayat kelab terkaya Perancis itu.

Peringkat antarabangsa, Cavani pernah menjulang gelaran Copa Amerika bersama Uruguay pada tahun 2011.

Bersama Uruguay dia melakukan 116 penampilan dengan 50 gol untuk pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Bercakap kepada media kelab itu selepas melengkapkan ujian kecergasan perubatan dan menandatangani dokumen memuktamadkan perpindahan, Cavani berkata, Red Devils merupakan antara kelab terbaik dunia dan berasa bangga menyertai kelab tersebut.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan tawaran ini termeterai secepat mungkin kerana tidak sabar untuk mewakili kelab ini.

“Saya pernah beraksi sebagai penyerang untuk beberapa kelab di hadapan peminat paling bersemangat sebelum ini.

“Kini saya harapkan atmosfera sama di Old Trafford nanti dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2020/2021 ini.

“Saya sememangnya tidak sabar untuk membuat catitan dalam buku nota sejarah bola sepak karier saya segala momen manis yang akan diharungi bersama kelab Theatre of Dreams nanti.

“Saya sedar tanggungjawab saya sebagai penyerang di kelab terbaik di England ini sangat besar dan tidak sabar untuk menyarung jersi unik Red Devils dan memulakan penampilan sulung saya,” katanya dlam wawancara pertamanya semalam.

Cavani dijangka menyarung jersi nombor 7 dan akan menerima gaji mingguan 210,000 pound.

Dalam satu lagi perkembangan sama Manchester United turut melengkapkan pembelian bi ntang pertahanan Brazil Alex Telles, 27 dari FC Porto.

Telles diturunkan dengan harga Tidak sabar catit kisah Old Trafford dalam buku nota sejarah bola sepak

Bintang pertahanan Brazil, Alex Telles pemain ketiga melengkapkan perpindahan ke Old Trafford selepas Edinson Cavani.Dalam satu lagi perkembangan sama Manchester United turut melengkapkan pembelian bintang pertahanan Brazil Alex Telles, 27 dari FC Porto dengan dana berjumlah £15.4 juta.

Justeru pemain sayap muda Uruguay berusia 18 tahun, Facundo Pellistri juga berjaya melengkapkan perpindahan ke Old Trafford dan akan diserap terus ke dalam kesebelasan utama kelak.

Telles telah menjaringkan 13 gol dan 12 bantuan gol dalam semua penampilan bersama FC Porto musim lalu selain membantu bekas kelabnya menamatkan saingan Primeira Liga 2019-20 dengan 20 perlawanan tanpa bolos gol.

Pengurus kelab Ole Gunnar Solskjaer pula menyifatka Edinson sebagai superstar berpengalaman dan profesional yang mencurahkan segala tenaga dan kemahiran untuk sukses kelab.

Rekod cemerlang gol bersama kelab dan negara bukti dia masih berbisa dan kelab berbangga dapat mengikat khidmatnya di Old Trafford.

“Saya yakin dia akan memberi tenaga, kekuatan serta kepimpinan dan paling utama gol untuk pasukan dan dia masih bertaring.

“Ini juga membuka peluang pemain belajar dari pemain prolific seperti Cavani dan kami tidak sabar untuk menyaksikan impak superstar itu di atas padang nanti,” ujarnya.-MalaysiaGazette