palm oil benefits

KUALA LUMPUR – Fitch Ratings yang menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) berada pada purata AS$ 600 (kira-kira RM2,494) setiap satu tan atau lebih tinggi pada tahun 2020, mengunjurkan harga MSM akan turun kepada AS$560 satu tan pada tahun 2021.

Jangkaan itu berdasarkan output yang lebih tinggi disebabkan La Nina dan risiko permintaan biodiesel yang lebih rendah di Indonesia kerana harga minyak mentah yang lemah.

Fitch Rating berkata, La Nina akan menyebabkan curahan hujan yang lebih tinggi di Malaysia dan Indonesia, akan merangsang hasil kelapa sawit dan output MSM pada tahun 2021 dan menyebabkan harga turun.

“Tempoh dan intensiti La Nina adalah risiko utama bagi unjuran harga MSM pada 2021. Ini kerana La Nina yang berpanjangan dan kuat akan menjejaskan output MSM serta minyak boleh dimakan yang lain,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya.

Namun, peningkatan hujan pula akan menyebabkan berlaku banjir yang menjejaslan pengeluaran dan sokongan harga dalam tempoh tuga dan enam bulan lagi.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisikal Indonesia meramalkan intensiti rendah hingga sederhana La Nina dalam tiga bulan terakhir tahun 2020 dan menjangkakan sekitar 55% negara itu akan menerima curah hujan yang lebih tinggi.

Secara amnya, Asia Tenggara, Afrika Selatan, India dan Australia menerima hujan melebihi normal kerana La Nina, sementara Argentina, Eropah, Brazil, dan bahagian selatan Amerika Syarikat (AS) mengalami cuaca yang lebih kering.

Pentadbiran Laut dan Atmosfera Nasional AS memaklumkan kemungkinan peluang La Nina akan berlarutan sepanjang musim sejuk, merangkumi awal 2021 adalah 75%.

Secara amnya, Asia Tenggara, Afrika Selatan, India dan Australia menerima hujan melebihi normal kerana La Nina, sementara Argentina, Eropah, Brazil, dan selatan Amerika Syarikat (AS) mengalami cuaca yang lebih kering.

Pentadbiran Laut dan Atmosfera Nasional AS pula tidak menolak kemungkinan La Nina berterusan sepanjang musim sejuk, merangkumi awal 2021 adalah 75%.

La Nina yang berpanjangan membentang selama lebih dari lima bulan juga boleh mempengaruhi perkembangan tandan buah dan mengakibatkan pendebungaan yang lebih rendah kerana lebihan air, mempengaruhi hasil.

“La Nina yang lemah hingga sederhana cenderung meningkatkan hasil tandan buah segar (TBS) kerana hujan yang lebih baik, tetapi juga menyebabkan banjir, mengganggu hasil tuaian dan pengangkutan TBS ke kilang,” katanya – MalaysiaGazette