Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang. foto SYAFIQ AMBAK, 24 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menjelaskan Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang tidak menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Sabtu lepas.

Menurut kenyataan Markas ATM, sebarang spekulasi yang mengaitkan Affendi sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri juga adalah tidak tepat.

Affendi dilaporkan sebagai antara yang hadir mesyuarat ITU berdasarkan kad nama di atas meja di dalam bilik di mana mesyuarat itu dijadual diadakan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.