Foto Instagram Syifa Melvin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Syifa Melvin memberi ucapan selamat maju jaya buat bintang bola sepak negara, Safawi Rasid dan akan sentiasa mendoakan terbuat buat teman istimewanya itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, Syifa turut meminta agar Safawi tidak bimbang kerana dia berjanji akan menjaga keluarga Safawi.

Ucapan Syifa itu dibalas oleh Safawi dengan emoji love dan penyerang JDT itu kemudian memuat naik status memohon doa yang terbaik dari pengikutnya.

Foto Twitter Syifa Melvin.

Kata anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, penghijrahan ke Portugal diibaratkan sebagai cabaran dan pengalaman baru buat dirinya.

Sebelum, Syifa, 25 dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dari kau jaga dia org elok u jaga i..i ni single father lebih memerlukan penjagaan…hahaha.

Comments are closed.