Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerima semula laporan siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa melanggar arahan kuarantin wajib dari Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam

Ia diterima semula untuk melakukan kemaskini dan penambahbaikan kandungan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurutnya, kertas siasatan yang diserahkan kepada AGC sebelum ini untuk tindakan lanjut dalam bagaimanapun telah dikembalikan semula kepada Jabatan Siasatan Jenayah kali ini.

“Ia bertujuan untuk penambahbaikan kertas siasatan daripada segi maklumat tambahan yang diperlukan Peguam Negara dalam kes ini.

“Lepas selesai kemaskini laporan siasatan itu nanti kita akan menyerahkan semula kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media hari ini di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Menurut Acryl Sani, tempoh masa tindakan susulan juga tidak dapat dipastikan lagi memandangkan setelah laporan itu diserahkan semula kepada AGC, ia akan diperhalusi semula untuk tindakan lanjut.

“Sebab AGC yang bertanggungjawab menentukannya keputusan kes ini dan dia yang akan membawa kes ke mahkamah.

“Maka ia bertanggungjawab memastikan laporan yang kami serahkan cukup dengan bukti dan keterangan tambahan yang diperlukan memudahkan perbicaraan di mahkamah nanti terhadap mereka yang tertuduh,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette