bekalan air
Sebanyak 13 kawasan sekitar ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru yang berlaku pada 8.45 malam tadi. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengulangi seruan untuk penguatkuasaan undang-undang yang efektif termasuk hukuman yang lebih tegas kepada pelaku pencemaran air bagi melindungi hak rakyat kepada air yang bersih.

Pencemaran air di Sungai Semenyih baru-baru ini telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada 309,687 pengguna di 274 kawasan termasuk di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Ia hampir sebulan selepas pencemaran air berlaku di Sungai Gong, Selangor pada bulan September 2020 baru-baru ini.

Kejadian yang berulang dalam jangka masa yang singkat mencerminkan keseriusan isu ini dan kerajaan diseru untuk mengambil langkah-langkah segera bagi melindungi kesihatan awam dan persekitaran.

Suhakam mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan pindaan kepada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 untuk menaikkan denda bagi pencemaran air.

Pada masa yang sama, Suhakam menekankan bahawa entiti perniagaan turut bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan aktiviti mereka mematuhi sepenuhnya undang-undang dan piawaian hak asasi manusia yang berkaitan bagi melindungi sumber semula jadi termasuk sungai serta anak sungai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast