KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan berusia 31 tahun untuk tampil membantu dalam perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi di sini.

Wanita bernama Jenifer N Robert merupakan saksi yang dikehendaki dan sedang dicari polis untuk membantu kes perbicaraan dadah di mahkamah bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tingggi Jenayah 7, Mahkamah Kuala Lumpur, kata Pegawai Pusat Media Ibu Pejabat Kotinjen KL, Inspektor Wan Faraheeda Wan Muhamad Saleh.

Saksi kali terakhir telah dilihat di rumah beralamat di 5-15L Blok A, Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga di sini.

Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perempuan itu supaya menghubungi Inspektor Muhamad Syamil Ahmad Nasir (Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dang Wangi di talian 011-219 90316 atau 03-2600 2222, Hotline Polis KL di talian 03-211 59999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-MalaysiaGazette