Anwar memuat naik gambar menunjukkan isterinya Wan Azizah sedang mendapatkan rawatan di PPUM hari ini.-FB Anwar.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memberitahu, isterinya itu telah menjalani saringan Covid-19 dan mendapat keputusan negatif.

“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam, Covid-19 negatif. Pemeriksaan umum diteruskan, Doakan, Insyaallah,” ciap beliau di Twitter.

Ketua Pembangkang itu turut memuat naik sekeping gambar beliau sedang bersembang dengan isterinya yang berbaring diatas katil di wad.

Pengikut laman sosial Anwar turut mendoakan agar kesihatan Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan pulih seperti sediakala. – MalaysiaGazette