lori air Air Selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 kawasan di Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 13 Oktober ini bermula jam 9:30 pagi dan akan pulih sepenuhnya pada 10 malam hari yang sama.

Gangguan itu disebabkan kerja-kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) bermula jam 9.30 pagi.

Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sg Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum. Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah:

Bagan Tengkorak
Jalan Ban Canai
Jalan Kunci Air Buang
Kampung Ampangan
Kampung Haji Razali
Kampung Melaka/ Kampung Kilat
Kampung Pinang
Kampung Seri Tiram Jaya
Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
Kampung Sungai Kajang
Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
Kampung Tok Adam
Kampung Ulu Tiram
Lorong Bahagia
Parit 1 Sungai Burong
Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
Sungai Sireh Lorong 1 – 23
Taman Desa Jaya
Taman Kopema
Taman Radin Jaya
Taman Sri Bakti
Taman Sri Desa
Taman Sri Jaya
Taman Sri Setia
Taman Sri Tanjong
Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
Taman Wawasan

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sg Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini. – MalaysiaGazette