Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat kerana BN merasakan Covid-19 hendaklah dielakkan daripada terus menular.

Beliau tidak mahu kejadian yang sama seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berulang.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut beliau, pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong yang juga ahli Parti Warisan baru-baru ini.- MalaysiaGazette