Jo Song-gil. foto Agensi

PYONGYANG – Diplomat Korea Utara yang dilaporkan hilang di Itali sebenarnya telah belot dan.

Dia kini menetap di Korea Selatan.

Jo Song-gil, duta Korea Utara ke Itali hilang pada tahun 2018, didakwa berada di Korea Selatan sejak bulan Julai 2019, menurut Ketua Jawatankuasa Perisikan Parlimen Korea Selatan.

Sekiranya benar, Jo akan menjadi pembelot paling kanan sejak 1997.

Namun, puterinya yang masih remaja, dikatakan telah kembali ke Korea Utara.

Kementerian Luar Itali memaklumkan anak perempuan Jo dipulangkan ke Korea Utara pada Februari 2019 atas permintaannya sendiri setelah ibu bapanya hilang.

Jo dilaporkan hilang bersama isterinya setelah meninggalkan kedutaan tanpa notis pada November 2018, tepat sebelum penggalnya sebagai pemangku duta besar Korea Utara ke Itali akan berakhir.

Laporan pada masa itu mengatakan diplomat tersebut yang merupakan – anak lelaki dan menantu kepada seorang pegawai tinggi Korea Utara – sedang mencari suaka di bawah perlindungan pemerintah Barat.

Pada hari Selasa, seorang anggota parlimen pembangkang Korea Selatan mengatakan di Facebook bahawa Jo berada di negara itu dengan isterinya dan tinggal di bawah perlindungan.

Pada hari Khamis, Jeon Hae-cheol, Ketua Jawatankuasa Perisikan Majlis Nasional, mengesahkan perkara itu.

“Mantan pemangku Duta Besar Jo datang ke Korea Selatan secara sukarela pada bulan Julai 2019,” kata Jeon, sambil menambahkan: “Dia berulang kali menyatakan keinginannya untuk datang ke Korea Selatan”.

Jeon memaklumkan Jo mahu tempat tinggalnya dirahsiakan kerana prihatin keluarganya yang masih tinggal di Korea Utara,” kata Jeon, dalam petikan yang dikeluarkan oleh agensi berita Yonhap.

Seorang lagi bekas diplomat Korea Utara, Thae Yong-ho – bekas timbalan duta besar Pyongyang ke United Kingdom juga belot ke Korea Selatan pada tahun 2016.

Beliau kini menjadi anggota Parlimen di sana – mengatakan saudara-mara seorang pembelot boleh menghadapi hukuman.

”Di mana tempat tinggal seorang diplomat yang belot menentukan hukuman yang akan dikenakan kepada saudara-mara yang masih di Korea Utara.

“Jika dia mengambil suaka di Korea Selatan, individu itu didefinisikan sebagai pengkhianat, meninggalkan negara,” kata Thae, sambil menambahkan tiada siapa yang tahu bentuk hukuman apa yang akan dikenakan ke atas anggota keluarga pengkhianat. – MalaysiaGazette