Mohd Ariffin Arif

KUALA LUMPUR – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang melibatkan Perikatan Nasional, UMNO dan PBS mengangkat sumpah Kabinet Negeri hari ini, selepas menyusun atur barisan Ahli Jemaah Menteri dan Pembantu Menteri.

Wakil sulung dari Pas, Dr. Aliakbar Gulasan turut diberi watikah pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik oleh kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Berikut senarai Kabinet Sabah:

Speaker, Datuk Kadzim M. Yahya; Ahli-ahli Jemaah Menteri, Datuk Aripin Mohd Arif selaku Menteri Tugas-Tugas Khas; Datuk Jafry Ariffin (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar); Ir. Shahelmy Yahya (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat); Datuk Yakubah Khan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); dan Datuk Ellron Angin (Menteri Belia dan Sukan)

Pembantu Menteri pula, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda (Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri); Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Jasni Daya (Pembantu Menteri Kewangan); Datuk Limus Jury dan Robert Tawik @ Nordin (Pembantu Menteri Kerja Raya); Datuk James Ratib dan Hendrus Anding (Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan).

Tamin @ Tamin Zainal (Pembantu Menteri Pembangunan Industri); Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih dan Mohamad Hamsan Awang Supian (Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II); Samad Jambri @ Jamri dan Harun Durabi (Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar); Datuk Joniston Lumai @ Bangkuai (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Ir. Shahelmy Yahya

Turut dilantik ialah Datuk Julita Mojungki dan Flovia Ng sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat; Datuk Ruddy Awah (Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); dan Andi Muhammad Suryady Bandy (Pembantu Menteri Belia dan Sukan).

Manakala penerima watikah ADUN Dilantik ialah Suhaimi Nasir, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Raimie Unggi, Datuk Amisah Yassin, Jaffari Walliam dan Dr. Aliakbar Gulasan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Benarkah ada chauvinist2 di Sabah yang melarang keras parti PAS dari mengambil bahagian dalam proses demokrasi disana?

    Kalau benar ianya suatu yang amat serius dan pandangan2 menghasut ini tidak baik didalam sebuah negara yang menjunjung demokrasi berpelembagaan!

  2. Kafir Harbi from Borneos who opposed PAS present must be held as Terrorist & Subversive element under POCA & SOSMA, starting with ChinaPigs Pendatang first!!

Comments are closed.